Tuesday 7 June 2011

Nasihat Luqman Al-Hakim

SIAPAKAH LUKMAN AL-HAKIM 
Disebut Oleh Ibnu Kathir dalam ‘Al Bidayah Wan Nihayah adalah Luqman b Unaqa’ b Sadun.
 Ibnu Abbas mengatakan Luqman seorang hamba yang berasal dari Habsyi yang bekerja sebagai tukang kayu. Luqman ini dikatakan seorang yang berkulit hitam.Ada pula yang mengatakan luqman bertubuh pendek dan hidung mancung dari negeri Nubah dan ada mengatakan dari negeri Sudan. Ada yang mengata bahwa luqman seorang qadhi di zaman Nabi Daud AS
NASIHAT LUQMAN AL-HAKIM – AL QURAN
Nasihat 1: BERSYUKUR KEPADA ALLAH

12]    Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepada Luqman, hikmat kebijaksanaan, (serta Kami perintahkan kepadanya): Bersyukurlah kepada Allah (akan segala nikmatNya kepadamu) dan sesiapa yang bersyukur maka faedahnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji (surah luqman ayt 12)


Hendaklah memalingkan segala nikmat yang dikurniakan itu kepada mentaati ALLAH yang mengurniakannya.ertinya dia bersyukur menghadapi musibah tersebut, Rasulullah kalau melihat sesuatu yang tidak disukainya, baginda mengucapkan "segala puji hanya ALLAh atas semua keadaan" dia bersyukur kpd ALLAH dengan maksud agar dia memperoleh PAHALA yang lebih besar dari KESABARANNYA menghadapi musibah tersebut.
lihatlah balasan allah kpd hamba yang tidak bersujud kepda ye



Nasihat 2: JANGAN MENYEKUTUKAN ALLAH

13] Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa dia memberi nasihat kepadanya: Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar. (surah luqman ayat 13)

Menyengutukan ALLAH merupakan adalah dosa besar yang tidak mendapat keampunan dari ALLAH SWT.Kita sebagai umat islam haruslah meletakkan pergantungan hanya kepada ALLAH saja kerana hanya dialah maha BERKUASA ke atas segala sesuatu di dunia dan akhirat. Rasulullah SAW mengambarkan ada 7 golongan manusia yang akan mendapat pertolongan dan naungan pada hari pertama pengadilan di padang MAHSYAR.
Nabi SAW bersabda :
"sebilangan manusia yang dinaungi ALLAH di bawah naungannya pada hari KIAMAT iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada ALLAH iaitu, pemerintah yang adil, pemuda dan pemudi yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada TuhanNYa, orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid, 2 orang yang berkasih sayang kerana ALLAH di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan ALLAH, orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk berzina dengannya lalu ia menolak dengan berkata "aku takut kepada ALLAH", orang yang bersedekah secara sembunyi-sembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya, dan orang yang menyebut atau mengingat ALLAH dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat-sifat ALLAH" (hadis riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah)



Nasihat 3: BERBUAT BAIK KEPADA IBU BAPA 

14] Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan) (SURAH luqman ayat 14)

Nasihat 4: SEDAR AKAN PENGAWASAN ALLAH

16] (Luqman menasihati anaknya dengan berkata): Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya jika ada sesuatu perkara (yang baik atau yang buruk) sekalipun seberat bijih sawi serta ia tersembunyi di dalam batu besar atau di langit atau pun di bumi, sudah tetap akan dibawa oleh Allah (untuk dihakimi dan dibalasNya); kerana sesungguhnya Allah Maha Halus pengetahuanNya; lagi Amat Meliputi akan segala yang tersembunyi (SURAH Luqman ayt 16)

Nasihat 5: DIRIKAN SOLAT

17] Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang

Nasihat 6: BUAT KEBAIKAN

17]….. dan suruhlah berbuat kebaikan

Nasihat 7:

 CEGAH KEMUNGKARAN

17]….. serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar  


Nasihat 8:
BERSABAR DI ATAS MUSIBAH YANG MENIMPA
17] …... dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya.
Nasihat 9:
TIDAK BERLAGAK SOMBONG
18] Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia
Nasihat 10:
TIDAK BERJALAN
DENGAN SOMBONG
18] ……dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri
Nasihat 11:
MELANGKAH SEDERHANA

19] Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan

Nasihat 12:
RENDAHKANLAH
SUARAMU

19] ……juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai